Kerjaya kelab Claudio Bravo

Colo-Colo

Bravo membuat debut profesional untuk Colo-Colo pada 2002. Di situ, beliau diberi nama samaran Cóndor Chico, dinamakan selepas bekas penjaga gol, Roberto Rojas. Selepas penjaga gol Eduardo Lobos tercedera, pengurus Jaime Pizarro memberikan Bravo sebagai peluang pertama. Bravo kemudian mengalami kecederaan dan Lobos menggantikan tempatnya.

Bravo pulih dari kecederaan pada pertengahan 2003 dan Lobos masih menjadi penjaga gol pertama. Pada 2006, beliau menjuarai gelaran pertama selepas berjaya menyelamat tendangan penalti pada perlawanan akhir menentang C.F. Universidad de Chile.

Real Sociedad

Pada musim 2006-07, Bravo menandatangani kontrak lima tahun bersama Real Sociedad dengan bayaran yang dilaporkan €1.2 juta. Beliau kebanyakannya duduk di bangku simpanan dan membuat debut liga pada 22 Oktober 2006, seri 0-0 menentang Mallorca.

Pada 14 Februari 2010, Bravo menjaringkan gol pertama dalam kerjayanya apabila menjaringkan dari sepakan percuma ketika menentang Gimnàstic de Tarragona. Walau bagaimanapun, beliau mengalami kecederaan lutut ketika Real tewas 2-0 kepada Córdoba CF dan beliau terpaksa rehat sepanjang musim.

Barcelona

Bravo berpindah ke FC Barcelona pada 18 Jun 2014 dan menandatangani kontrak empat tahun dengan bayaran €12 juta pada 1 Julai 2014 berikutan aksi beliau di Piala Dunia 2014. Beliau menjadi pemain kedua Chile selepas Alexis Sánchez yang pernah bermain di kelab Catalan itu. Selepas sertai Barcelona, beliau mencipta rekod selama 754 minit tanpa bolos.

Berkaitan